Sunday, August 1, 2010

PAS perlu kekal dalam Pakatan Rakyat


Saya ingin berkongsi pendapat dengan Prof. Abdul Aziz Bari bahawa PAS tidak seharusnya termakan pujukan UMNO supaya bekerjasama dengannya, kerana muslihat UMNO tidak lain daripada untuk memecahkan Pakatan Rakyat (PR).

Sekirannya PAS termakan pujukan UMNO dan PR akan pecah, PAS akhirnya akan terus jadi parti kecil dan kampungan. PAS juga akan kehilangan sokongan daripada orang-orang bukan Melayu yang menyokongnya selama ini.

Apa yang wajar dilakukan oleh PAS ialah terus kekal dalam Pakatan Rakyat dan berusaha menjadikan Pakatan Rakyat sebagai satu pakatan yang lebih kuat, yang akan menjadi alternatif kepada BN. Seterusnya dengan kekuatan itu, PR akan berupaya mencabar BN dalam pilihan raya yang akan datang.

Jika PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR, maka pada akhirnya akan wujudlah sistem "dua parti" ( dua gabungan parti) di negara ini: PR vs BN yang akan bertanding dalam setiap pilihan raya.

Dengan adanya sistem "dua parti" (dua gabungan parti ) itu bererti sistem politik kita akan lebih matang. BN boleh diganti oleh PR, atau BN dan PR silih berganti memerintah pada masa-masa tertentu, bergantung kepada sokongan dan kehendak rakyat.

No comments:

Post a Comment