Monday, September 27, 2010

Wang bantuan hasil judi tidak haram


Sama ada betul atau salah, Dr.Asri, bekas Mufti Perlis telah memberi pendapatnya yang menarik. Bagi beliau wang bantuan yang diberi kepada rakyat miskin,termasuk orang Islam, dari hasil perjudian itu tidak haram.
Pada pendapat beliau status wang kerajaan negeri yang diperoleh dari syarikat perjudian itu sama saja dengan wang yang dipungut oleh kerajaan Pusat dari kutipan cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain.
Jika wang yang dipungut oleh kerajaan pusat dari pelbagai sumber, termasuk cukai judi itu, boleh digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan (termasuk mufti dan ustaz) tidak dianggap haram, mengapa pula wang bantuan kepada golongan miskin dari hasil perjudian itu dianggap haram?

Monday, September 13, 2010

Nasib Sosilawati


Saya bersimpati dengan nasib Sosilawati. Tapi saya merasa aneh mengapa beliau sanggup berurusniaga dengan seorang yang dipercayai ada rekod jenayah. Ini tentu ada risikonya. Adakah beliau tidak tahu tentang hal itu?

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Diucapkan kepada kawan dan kenalan, jauh dan dekat, yang baru berjumpa atau lama tidak berjumpa, khasnya yang kadang-kadang mengunjungi blog ini.

Monday, September 6, 2010

Ucapan selamat hari raya daripada warga Kg.Perdamainan


Warga Kg.Perdamaian di wilayah Sukhirin, Selatan Thailand terdiri daripada bekas pimpinan dan anggota Rejimen Ke-10, Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM). Kini ada kira-kira sepuluh orang daripada mereka yang masih hidup, yang berasal dari Malaysia, manakala yang lain kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Melayu dari Selatan Thailand.
Dua orang bekas pimpinan Rejimen ke-10, iaitu Abdullah C.D dan Suriani Abdullah masih hidup dan ada dalam gambar di atas.
Kepada mereka semua saya juga mengucapkan selamat hari raya aidil-fitri.

Sunday, September 5, 2010

Lim sembelih lembu?


Gambar mana yang betul?

Friday, September 3, 2010

Wanita tak bertudung

Di Malaysia saya rasa majoriti kaum wanita Muslim kini sudah memakai tudung atau menutup aurat, termasuk anak dara dan murid sekolah. Akan tetapi yang masih berdegil tak mahu menutup aurat ini ialah isteri pembesar dan wanita yang berpangkat besar. Salah seorang wanita yang berpangkat besar ini ialah seorang yang baru saja dilantik sebagai KSU (Ketua Setiausaha) sebuah kementerian.