Monday, August 16, 2010

Harussani takut "perang besar"?


Harussani, Mufti Perak, mungkin merasa seronok ketika membuat pendedahan bahawa kononnya ada golongan tertentu (tokoh atau parti politik tertentu) yang mahu mewujudkan "perlembagaan baru" di negara ini. Perlembagaan baru itu katanya mahu menyisihkan hak orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

Akan tetapi, apabila pelbagai pihak mendesak beliau supaya membuat laporan polis, malah ada yang mendesak supaya beliau sendiri yang disiasat untuk mempastikan kebenaran pendedahannya itu, beliau nampaknya telah berpatah balik.

Dalam kenyataannya yang disiarkan di muka depan Utusan Malaysia, hari ini (17 Ogos 2010) beliau mengatakan, beliau tahu siapa dan parti politik yang terlibat, tetapi "enggan mendedahkannya", untuk mengelakkan berlakunya "perang besar" di negara ini.

Alasan beliau tidak mahu meneruskan pendedahan kerana mahu mengelakkan perang besar itu aneh sekali. Adakah logik pendedahan itu boleh mendatangkan "perang besar"? Siapa yang hendak berperang semata-mata kerana pendedahan, yang kebenarannya pun belum dapat dipastikan?

Saya lebih cenderung menganggap bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai bukti yang kukuh tentang hal itu -- samalah dengan kes murtad yang dibesar-besarkan oleh beliau satu masa dahulu.

Dalam hal ini, walaupun beliau seorang mufti kanan, bukanlah tidak mungkin beliau telah melakukan kesilapan.

No comments:

Post a Comment