Wednesday, August 4, 2010

Isu kalimah Allah


Kalimah Allah sudah bertahun-tahun digunakan oleh orang Kristian di Sabah dan Sarawak, di Indonesia dan oleh orang Arab Kristian di Timur Tengah. Jadi agak aneh sekiranya orang Melayu/Islam di Malaysia mahu kalimah itu digunakan oleh orang Islam saja dan seolah-olah kalimah itu hak monopoli orang Islam.

Orang Melayu/Islam di Malaysia memang boleh mencari pelbagai hujah dan alasan bahawa konsep Allah yang difahami oleh orang Melayu/Islam berbeza dengan konsep God yang digunakan oleh orang Kristian, dan kerana itulah kalimah Allah itu hanya boleh digunakan oleh orang Islam saja.

Akan tetapi, dari segi sejarah dan fakta, kalimah Allah memang sudah lama digunakan oleh orang Kristian di pelbagai tempat, walau apapun pengertian mereka tentang kalimah itu. Jadi tidak ada kewajarannya orang Melayu/Islam di Malaysia menuntut kalimah itu sebagai hak monopoli mereka saja.

No comments:

Post a Comment