Friday, May 29, 2009

Chin Peng mahu balik pada waktu yang salah?

Sebagaimana yang kita tahu, atau mungkin ada juga yang tidak tahu, Rashid Maidin dan Abdullah C.D, dua orang tokoh komunis Melayu, pernah "pulang" ke Malaysia, walaupun akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menetap di Selatan Thailand.'

Mengapakah kepulangan mereka tidak mendapat bantahan secara terbuka daripada mana-mana pihak pada waktu itu, walaupun mereka termasuk juga dalam golongan "pengganas komunis" ?

Saya kira, antara sebabnya ialah:

a) Mereka pulang ke Malaysia sebaik saja, atau tidak lama selepas, Perjanjian Perdamaian antara PKM dan Kerajaan Malaysia ditandatangi. Jadi ketika itu pihak kerajaan agaknya memang menghormati "semangat perdamaian" dari perjanjian itu.

b) Pemimpin kerajaan seperti Megat Joned agaknya memang memainkan peranan untuk memudahkan mereka pulang ke Malaysia.

c) Ketika itu Tun Mahathir yang merestui Perjanjian Perdamaian itu masih menjadi PM, dan beliau menerima Rashid Maidin datang bersilaturahim dengannya. Jadi kepulangan mereka jelas direstui oleh PM sendiri.

Dengan itu, pada masa itu, semangat perdamaian antara PKM dengan Kerajaan Malaysia memang wujud, dan apa yang dikatakan "kekejaman" yang dilakukan oleh PKM terhadap tentera dan orang awam pada zaman darurat dahulu agaknya telah "dilupakan".

Adakah Chin Peng juga ada memohon untuk balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya untuk menemui keluargannya dalam waktu yang pendek pada masa itu? Saya tidak tahu.

Tapi saya kira itulah masa yang betul, jika Chin Peng hendak balik atau berkunjung ke Malaysia, iaitu ketika semangat dan aura perdamaian itu masih ada.

Sekarang kira-kira 20 tahun sudah berlalu. Semangat perdamaian agaknya sudah sirna ataupun sudah dilupakan. Maka kekejaman Chin Peng dan PKM diungkit kembali.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan baru sudah membuat keputusan untuk menolak permintaan Chin Peng untuk balik ke Malaysia.

Saya hanya menduga bahawa Chin Peng mahu balik ke Malaysia pada waktu yang salah!

3 comments:

  1. Salah! UNMO telah mendongengkan pemikiran generasi muda & mengkambinghitamkan chi peng pada masa yang betul...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana ziarah blog saya.Pendapat tuan sedang didigest.
    Selamat berblogging demi kebenaran dan keadlan.

    ReplyDelete
  3. Pada abad-abad sebelumnya, pertembungan Kapitalisme dan Sosialisme bukan setakat ideologi malah melibatkan peperangan sudah tentu sesuai untuk zamannya.Kini kefahaman yang berkaitan dengan 'Islamisme' mula diberi perhatian.....sejauhmana para intelek ISlam berupaya membawa ke persada antarabangsa ?

    ReplyDelete